Sejarah operasi EA-18G_Growler

Amerika Syarikat

Sebuah EA-18G daripada VAQ-129 "Vikings" sedang menjajarkan dirinya bagi pendaratan di atas kapal pengangkut pesawat USS Ronald Reagan

Pesawat Growler pertama yang diterima bagi kegunaan armada secara rasminya diterima oleh VAQ-129 "Vikings" di NAS Whidbey Island, pada 3 Jun 2008.[4] Pihak tentera laut merancang untuk membeli sekitar 85 buah pesawat untuk membentuk 11 skuadron setakat tahun 2008.[4] EA-18G selesai menjalani penilaian operasi pada akhir bulan Julai 2009 dan ia dinilai sebagai berkesan dari segi operasi dan sesuai untuk kegunaan operasi.[5][6] Pada 5 Ogos 2009, EA-18G Growler daripada Skuadron Penyerang Elektronik 129 (VAQ-129) dan Skuadron Penyerang Elektronik 132 (VAQ-132) menyudahkan ujian pendaratan di atas kapal pengangkut pertama mereka di atas kapal USS Harry S. Truman (CVN-75).[7]

Skuadron EA-18G pertama yang mendapat status aturgerak adalah VAQ-132 "Scorpions", yang mana mendapat status operasi pada Oktober 2009.[8] Aturgerak pertama operasi pesawat Growler diumumkan pada 17 Februari 2011.[9] Semasa dalam perkhidmatan, panggilan radio bagi EA-18 adalah "Grizzly". Nama gelaran "Growler" kedengaran seolah-olah nama EA-6B's "Prowler", maka "Grizzly" akan digunakan bagi mengelakkan kekeliruan.[10] Menjelang Mei 2011, 48 buah Growler telah diserahkan kepada Tentera Laut A.S.[11]

EA-18G Growler daripada VAQ-141 mendarat di Stesen Udara Tentera Laut Atsugi, Jepun.

Dengan penamatan khidmat penyesak jarak jauh EB-52H, Growler menjadi satu-satunya pesawat penyerak taktikal insani yang masih digunakan. Pengarah Staf Udara, Mej. Jen. David Scott menyatakan bahawa Tentera Udara A.S akan menyediakan pegawai peperangan elektronik untuk terbang di atas pesawat Growler milik Tentera Laut A.S, tanpa sebarang dana untuk membeli pesawat tambahan.[12] Anggota Tentera Udara A.S. daripada Skuadron Tempur Elektronik ke-390 yang berpangkalan di NAS Whidbey Island telah menyokong dan menerbangkan pesawat Growler.[13]

EA-18G pertama kali digunakan dalam pertempuran semasa Operasi Odyssey Dawn, yang mana menguatkuasakan zon larangan terbang PBB di Libya pada tahun 2011.[14][15] Lima buah EA-18G telah diaturgerak daripada Iraq bagi menyokong operasi di Libya pada tahun 2011.[16]

Australia

Pada tahun 2008, kerajaan Australia memohon kelulusan eksport daripada kerajaan A.S untuk membeli sehingga 6 buah pesawat EA-18G,[17] yang mana merupakan sebahagian daripada pesanan untuk sejumlah 24 buah pesawat F/A-18F Super Hornet.[18] Pada 27 Februari 2009, Menteri Pertahanan Joel Fitzgibbon mengumumkan bahawa 12 buah daripada 24 buah Super Hornet yang sedang dipesan akan dihard wired semasa menjalani proses pemasangan di kilang dengan ciri-ciri bersuaian untuk diubah menjadi pesawat EA-18G pada masa depan. Pendawaian tambahan ini melibatkan kos A$35 juta. Keputusan akhir berkenaan pengubahsuaian kepada EA-18G pada harga A$300 juta diumumkan pada bulan Mac 2012.[19][20]

Pada 23 Ogos 2012, kerajaan Australia mengumumkan bahawa 12 buah pesawat Super Hornet akan dilengkapi dengan keupayaan Growler dengan kos A$1.5 bilion;[21] menjadikan Tentera Udara Diraja Australia satu-satunya tentera selain A.S yang menggunakan peralatan penyerak elektronik Growler.[22] Pada 3 Mei 2013, kerajaan Australia mengumumkan ia akan membeli 12 buah pesawat baru Growler bagi menyokong armada Super Hornet.[23]

Australia menerima kumpulan pertama 12 buah Growler pada 29 Julai 2015, dengan penghantaran pesawat selebihnya dijangka pada tahun 2017.[24] Uniknya, pesawat Growler Australia akan dipasang dengan pod bidikan ASQ-228 ATFLIR dan juga tambahan persenjataan udara ke udara iaitu peluru berpandu AIM-9X.[25] Pesawat ini akan dioperasikan oleh Skuadron No. 6 Tentera Udara Diraja Australia.[26]

Rujukan

WikiPedia: EA-18G_Growler http://www.adelaidenow.com.au/news/national/m-refi... http://www.theaustralian.com.au/national-affairs/d... http://www.defence.gov.au/minister/70tpl.cfm?Curre... http://www.abc.net.au/news/2012-08-23/super-hornet... http://air-attack.com/news/article/4394/02-17-2011... http://www.airforce-magazine.com/Features/newtech/... http://www.aviationweek.com/aw/generic/story.jsp?i... http://www.boeing.com/defense-space/military/ea18g... http://stlouis.cbslocal.com/2015/07/29/boeing-deli... http://www.defensedaily.com/publications/dd/7646.h...